Monday, June 24, 2013

Nasi Ambeng Wak Minah

Strategi pemasaran dirangka bagi memastikan produk yg dihasilkan sampai kepada sasaran pengguna. Begitulah strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh Nasi Ambeng Wak Minah dari Bandar Tun Razak. Idea delivery service meruipakan value added yang menjadi salah kunci kekuatan produk ini. Peredaran zaman yg mengkehendaki service yg pantas tanpa mengabaikan kealiti telah mencetuskan idea ini bagi membolehkan penggemar nasi ambeng tidak perlu lagi ke restoren, menunggu giliran tetapi hanya boleh memesan melalui tepon. Dalam tempoh 1 jam tempahan anda akan sampai dimuka pintu. Easy bukan? Pagi tadi saya dah pesan Nasi Ambeng dari wak pengusaha ini. Harganya RM5 sahaja termasuk delivery.. Rasanya idea ini boleh diperluaskan kepada produk lain. Cuma kita kena creative..dan jangan kolot sangat dan terlalu negetif bagi memastikan produk n khidmat kita boleh bersaing dalam perniagaan semasa. Think Out The Box

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 21, 2013

Minuman Munira

MUNIRA adalah diantara ratusan jenama air minuman yang terdapat di pasaran dewasa ini. Namun, minuman keluaran MMI Murni Enterprise yang bepangkalan di Puchong Selangor adalah merupakan keluaran bumiputra yang hampir setanding dengan pengeluar minuman terkemuka dunia seperti



F&N, Pemanis, Yeo's dan sebagainya. mempunyai identiti tersendiri.  Terdapat 2 jenis produk minuman iaitu Jus buah-buahan dalam Soft pack dan  minuman berkarbonat dalam botol. Rasanya sangat sedap.. menghilangkan dahaga & memberi tenaga baru.

Apple, mangga, nenas, anggur diantara perisa yang ditawarkan untuk jus buah-buahan bersize 270ml. Saya difahamkan ianya sangat digemari oleh kanak-kanak.
Manakala Air berkarbonat MUNIRA pula terdapat dalam 9 perasa iaitu OrenEpalAnggur,Ice BlueStrawberiFruitaleColaAis Cream Soda danIsotonik. Isipadu kandungan seunit adalah 340ML. Juga terdapat di pasaran air berkarbonat berkapasiti 1.25 Liter dan 1.50 Liter.

Wednesday, June 19, 2013

Buku 'GAHARU - Komoditi Khazanah'


Buku ini merupakan salah satu rujukan berbahasa melayu dalam bidang ini yang terbaik yang berada di pasaran. 

Salah satu sumber rujukan yang terbaik untuk pengusaha gaharu. Buku setebal 111 mukasurat ini dipecahkan kepada 7 Bab iaitu Karas & Sumber, Perladangan Karas, Pembentukan Gaharu, Dasar dan Polisi, Pasaran Gaharu, Halatuju Industri Gaharu dan Kesimpulan. 

Dengan garapan dan pembentangan yang menarik pada setiap muka surat, sudah pastinya anda akan mendapat sesuatu yang amat berguna dan penting dari buku tulisan bersama Ismail Muhammad, Mohd Zin Jusoh dan Abbas Alias ini. 

Dan yang terakhirnya, kualiti buku ini terbaik dari ladang. Kertas yang tebal dan gambar berwarna yang menarik. Buku ini diterbitkan oleh Kayu Gaharu (M) Sdn Bhd. 

Hubungi kami dengan segera kerana buku ini amat laku di pasaran sekarang.

Harga pasaran: MYR150.00

Buku 'Solat Bestari'

Buku 'Solat Bestari'

Lahirkan kemanisan solat dengan khusyuk yang sempurna!

Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuh tiang itu, maka pincanglah segala amalan. Jika baik solatnya, maka baiklah segala amalan. Ketika mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, tahukah kita akan lafaz yang dibaca semasa solat? Mampukah kita menghadirkan khusyuk tanpa benar-benar memahami yang tersirat? Alangkah indahnya jika setiap bacaan itu mampu difahami dan dihayati. Dan ketahuilah bahawa setiap bacaan itu disambut oleh-NYA!
SOLAT BESTARI ini diterbitkan dengan harapan dapat dijadikan modul dalam melaksanakan solat dengan lebih sempurna. Ia lebih memfokuskan ter¬jemahan bacaan dalam solat juga pergerakan asas solat bagi lelaki dan wanita. Teknik penyampaian yang dilengkapi rajah bergambar juga dapat membantu pembaca lebih memahami dan mendapat gambaran yang lebih realistik.

Antara yang menarik di dalam:
Penerangan bergambar tentang rukun wuduk
Dilampirkan ayat daripada al-Quran dan juga hadis sebagai rujukan
Beberapa surah dari Juz Amma
Terjemahan lengkap mengikut setiap ayat daripada setiap surah dan bacaan solat
Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi
Kedudukan hukum tajwid serta penerangan ringkas
Informasi tentang fokus dan hikmah daripada ibadat solat yang dilakukan
Penerangan bergambar tentang rukun solat dan bacaan sunat di dalam solat serta terjemahannya
Beberapa doa pilihan dan harian serta terjemahannya
Informasi tentang perkataan yang terpilih dan asbabunnuzul sesuatu surah

Harga pasaran: MYR19.90

Buku 'Smart Muqaddam'

Buku 'Smart Muqaddam'

MODUL pembelajaran ini disusun secara sistematik berdasarkan penghafalan perkataan dari muqaddam (Juz Amma). Sebanyak 150 perkataan yang paling kerap berulang dalam al-Quran dipilih untuk dihafal. Objektif nya, agar anda mampu menguasai hampir semua perkataan di dalam muqaddam.

Modulnya berdasarkan kekerapan ulangan perkataan dari muqaddam dan disertakan makna bagi memudahkan proses penghafalan. Beberapa ayat di dalam muqaddam dijelaskan kedudukan tajwidnya supaya setiap perkataan mampu disebut dengan betul bagi memberi maksud yang tepat.

Buku ini turut memuatkan bacaan di dalam solat, beberapa surah lazim dan ringkasan penerangan tajwid bagi memudahkan rujukan. Anda dinasihatkan mengikuti modul ini secara berturutan agar setiap hafalan dapat dilakukan dengan berkesan. Sebaiknya, dapatkan bimbingan daripada guru yang bertauliah ketika menggunakan buku ini.


Harga pasaran: MYR30.00

Buku 'Terjemahan Muqaddam (Juz Amma)

Buku 'Terjemahan Muqaddam (Juz Amma)

Penulis: Ustaz Mohammad Najib Mohammd Khalid/ Muhammad Nazir Mohammed Khalid/ Mohd Azim Sardan/ Kamal Rul Ariffin Awang

TERJEMAHAN MUQADDAM (Juz Amma) Secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid merupakan sebuah buku panduan mudah untuk mempelajari cara membaca dan memahami al-Quran. Terjemahan yang dibuat di dalam buku ini merangkumi dua bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya. 

Para pembaca yang ingin mendalami makna dan hukum tajwid adalah dinasihatkan untuk berguru dengan guru yang bertauliah dan menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran. Buku ini juga telah mendapat perakuan kesahihan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Harga pasaran: MYR30.00

Buku 'Belajar Tajwid dengan berkesan'

Buku 'Belajar Tajwid dengan berkesan'

Al-Quran itu membawa rahmat dan hikmah. Ia juga merupakan ungkapan ketuhanan yang memperlihatkan kebenaran serta kecantikan susunan bahasa yang teratur. Sesungguhnya ia turut memberi syafaat di akhirat kelak kepada sesiapa yang mengagungkannya.

Mempelajari hukum bacaan al-Quran adalah fardu kifayah. Maka, perelokkanlah agar setiap lafaz yang diucap itu tepat dan benar tanpa kesilapan. Mudah-mudahan kita dapat meraih ganjaran daripada-NYA kelak. 

Belajar Tajwid Dengan Berkesan merupakan manual ringkas mempelajari hukum bacaan al-Quran dengan mudah. Bermula dengan pengenalan huruf, sifat-sifat huruf, tanda baca hinggalah kepada pecahan hukum tajwid yang lima dan seterusnya. Teknik penyampaian buku ini juga adalah ringkas, padat dan mudah difahami. Penggunaan empat warna menjadikan persembahan buku ini lebih menarik.

Keistimewaan buku ini: 
1. Disemak oleh pemenang Akademi Al-Quran 2010 (Ustaz Ahmad Tirmizi Ali)
2. Menerangkan kesalahan yang kerap dilakukan terutamanya ketika membaca surah fatihah secara terperinci
3. Penyampaian langkah demi langkah untuk memudahkan pemahaman pembaca
4. Mengenal dan mempraktikkan hukum
5. Sesuai dipelajari oleh semua peringkat usia

TELAH DISEMAK OLEH: Ustaz Ahmad Tarmizi Ali
Pemenang Akademi Al-Quran 2010 (Imam Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya)
“Saya yakin dengan pengisian buku ini. Ia menjadi langkah terbaik untuk memperbaiki mutu dan tahap bacaan al-Quran bagi mereka yang tahap pemahamannya sederhana. Pendekatan potongan ayat sebagai contoh disertai teknik-teknik ringkas yang lain, menjadikan buku ini lebih mudah difahami dan dipelajari. Mudah-mudahan dengan pemahaman yang jelas dapat menjadikan al-Quran sebagai teman sekali gus meraih manfaat kehidupan bertakwa sebagai bekalan di akhirat kelak. Insya-ALLAH.”

Harga pasaran: MYR19.90

Kopi Ranggi - Herba (Herbs)

Kopi Ranggi - Herba (Herbs)
  • Merawat sakit otot atau tulang yang patah
  • Membantu menyembuhkan demam dan sakit perut kerana cirit-birit
  • Merawat diabetes (kencing manis)
  • Merawat Fluorin Albus (keputihan) - baik untuk wanita 
  • Merawat wanita selepas bersalin seperti menguatkan rahim
  • Buang toksin dari badan
Harga pasaran: MYR33.00



Kopi Ranggi - Pelaga (Cardamon)



Membantu mengurangkan kembung
Meningkatkan sistem penghadaman
Meningkatkan selera makan
Mengurangkan sakit kepala atau migrain
Merangsangkan metabolisme
Mempunyai sifat-sifat diuretik
Mengatasi kesukaran bernafas
Mengatasi gatal-gatal tekak yang menyebabkan batuk


Harga pasaran: MYR35.00




Biskut berjenama 'My Kukis' Homemade

Produk IKS buatan Muslim dan ditanggung halal. 

Biskut yang dibuat berperisa coklat yang segar dan sedap dimakan.

Kami menerima tempahan untuk majlis perkahwinan untuk dijadikan 'doorgift', hantaran dan apa-apa sahaja majlis rasmi atau tidak rasmi.

Kami juga mengalu -alukan sesiapa yang berminat menjadi pengedar untuk memasarkan produk My KUKIS. Harga istimewa untuk pengedar T&C.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut, segera hubungi kami. Tel / SMS / Email :-
Hafiz : 012 670 9319
goldbridgesolution@gmail.com

Harga pasaran: MYR8.00 (100 gram), MYR11.00 (200 gram)






Biskut Kelapa

Biskut orang lama yang dimodenkan. Sekarang dikenali sebagai Cocunat Cookie. Nama orang putih bro.. Sedap jugak cookie ini. Diperbuat daripada bread floor, sugar, salt and cocunat. Cookie ini adalah keluaran Anis Cookies. Untuk tempahan boleh call En Zamri 013-3646927.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Jeruk Madu Pak Ali. 

Jeruk ini menang sudah terkenal bukan sahaja namanya tetapi juga kualiti produknya. bagaimana kita dapat membezakan Jeruk Madu Pak Ali dengan jeruk buah yang lain???
Daripada pengalaman saya.. jika kita ambil. kita tidak terasa batuk. betul tak?
Tuan empunya Jeruk Madu ini memberi informasi ini untuk dikongsi bersama..

Pembuatan Jeruk madu Pak Ali
i. Menggunakan gula pasir (tiada ibu gula)
ii. Tambahan madu lebah asli
iii. Menggunakan cuka epal (baik untuk kesihatan dan kecantikan)                 
iv. Tidak banyak bahan pengawet (10 liter air hanya 30 gram sodium bonzaid yang
 boleh dicampurkan)
v. Sesiapa yang makan Jeruk Madu Pak Ali tidak akan batuk dan tidak sakit tekak
vi. Diusaha dan diproses menggunakan buah-buah kampung  pendapatan.
vii. Mendapat sijil pengesahan HALAL JAKIM (JAKIM/ (S)/ 
 (22.00)/492/2/1039-12/2010)

Jeruk ini sebenarnya membuka peluang perniagaan yang baik kepada anda.
        Mengamalkan konsep jualan terus kepada pelanggan, CUBA DULU 
BARU BELI!
-        Pengedar/peniaga/peruncit amat dialu-alukan, modal dalam lingkungan
 RM500 (40kg jeruk), 
keuntungan di antara 40-50%
-        Terdapat lebih 30 produk (jeruk) basah dan kering
-        Pengedar/peniaga diberi kebebasan untuk menentukan kaedah/cara jualan, 
dan sekiranya ia melibatkan sewa tapak di sesebuah premis perniagaan maka
sewa tersebut adalah dibawah
tanggungjawab pengedar/peniaga itu sendiri.
-        Potensi pasaran yang besar di Lembah Klang, Selatan dan Pantai Timur,
produk suci, 
bersih dan halal


P/s: Bagi yang ingin membeli secara pukal, boleh menghubungi saya untuk
mendapatkan
harga istimewa.
- Zahari 0192857371

Tuesday, June 18, 2013

Oh Biskut !!

Lagi 2 minggu kita menyambut bulan Ramadhan. Tak sabar rasanya menjalani ibadah posa, Rukun Islam ketiga. Bagi pengusaha biskut / kuih raya lak, sebelum bulan posa lagi dah mula ambil order kuih raya. Hehe he.. Terkaitkan posa dan kuih raya..mungkin ada sikit kot. Anyway, kali ni saya nak introduce 3 jenis biscuit/ kuih raya - cuba teka kuih apa?? Dah rasa? Apa beza? Bagi para wanita, setakat satu balang tak cukup ni utk menyambut raya setahun sekali. Benar, kuih ni amat digemari oleh semua lapisan masyakat. Diklasifikasi sebagai kuih moden bagi angkatan tok2 kita. Ramai pengusaha kuih raya sebenarnya di Malaysia. Ada yang mengusaha secara kecil-kecilan dan ada juga secara komersial. Apapun qualiti, rasa, kelembutan harus diambil kira. Paling penting kebersihan dan halal. Satu pengusaha yang saya recommend ialah bapak Isnul atau saya panggil Haji Zakie. Boleh hubungi beliau at +60176551388 dan banyak lagi. Sebaiknya tanya kawan2 kita yang mengemari kuih utk reference.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 17, 2013

Kuah Rojak MakBee

Ini pulak kuah rojak MakBee. Memang dah kerkenal diseluruh tanah air. Sebut aje kuah rojak Mak Bee, sebahagian besar peminat rojak buah dah maklum. Mana tidaknya dah 30 tahun lebih di pasaran. Resipi asal dicipta oleh Puan Hjh Bibi bt Abdullah yg berasal dari Aloq Setaq, Kedah. Diusahakan secara tradisional bg mengekalkan keaslian resepi. Terdapat jugak Rojak Mak Bee TIRUAN di pasaran. Hati2 yee. Check dulu sebelum beli. Sila rujuk lampiran label dibawah atau melihat pada bahagian penutup kuah rojak yg terdapat cop "MakBee" yang sah keluran Makbee Utara Enterprise. Kalau nak dapatkan kesalihah / keterangan ttg kuah yang asli boleh call waris MakBee - Cik Shazana Mahazir at 019-291 6815 / lawat makbeeutara.blogspot.com. Cik Shazana ni kawan cek jugakk.
- Utk mendapatkan bekalan atau mengetahui kedai2 yang menjual kuah rojak Nak Bee di Selangor, KL, telok Intan, Negeri Sembilan - boleh call saya 019-2857371 atau Cik Shazana Mahazir.
Selamat mencicah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kuah Kacang & Pecal keluaran Haji Masri

Siapa tak kenal Haji Punari @ Zainuddin Haji Salleh dan Hajjah Mastura Senon? Usahawan IKS makanan terkenal di Sekinchan. Mula berniaga secara kecilan 20 tahun dahulu bermula dari pasar pagi di Tanjung Karang dan kini mempunyai Wisma Perniagaan Sendiri serta Kilang pemprosesan produk iks. Kali ini, kita nak berkenalan dengan satu produk keluarannya iaitu - Kuah Kacang & Pejal. Ada 2 size pembukusan 150g dan 500g. Kalau nak test boleh siggah di restorennya. Tapi kalau nak makan dirumah, kena masak sendiri dgn menggunakan pek segera ini. Cara penyediaannya mudah sekali- hanya bancuh dengan air panas! Kalau nak sedap lagi tumiskan serai dan lengkuas yang diketuk utk rasa yang lebih lazat. Dari seg nutrisinya - ada vitamin A, C, kalsium dan Iron. Kira berkhasiat lah ni.. Utk keterangan lanjut boleh lajari www.mph2020.blogsport.com


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Acar Buah Anee

Haha.. Produk ini pulak dihasilkan oleh Puan Badariah. Dia menetap di Johor. Anehnya dia masih mengekalkan nama Anee's Acar Sekinchan. Kampung asalnya..dari segi rasa memang sedap, walaupun aku belum cuba lagi.. Produk ini telah mendapat tempat dihati para tester program AmalRamadhan anjuran Yayasan Al Tarbiyah Malaysia. May be sedaplah, mana tak nya dapat score agak tinggi.. HarganyaRM5.00 sahaja. Boleh cuba semperna bulan ramadhan yang akan kunjung tiba. Bagi yang belum tahu, acar ini mengandungi buah2an jeruk, cili, garam, gila dan sos. Apa lagi order satu!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Asam Boi Ayah Chik

Semalam aku jumpa owner kedai jambu batu, di Taman Saujana. Namanya Ayah Chik. Sangat peramah orangnya. Dia perkenalkan aku Asam Boi keluarannya. Dapat test lagi.. Boleh tahan jugak rasanya. Memang superb.. Boleh buat promo. Siap dapat harga istimewa lagi.. 1kg RM20 sahaja. Jika nak oredr boleh call saya whatsup saya 019-2857371.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 16, 2013

Aku suka produk tempatan

Salam perkenalan,

Blog kecil ku bertujuan untuk cuba mengumpulkan produk-produk industri desa tempatan.
Rasanya buat permulaan ini aku cuba masukkan apa saja produk yang aku jumpa kedalam blog ini.
Jika pembaca ada produk lain, minta tolong reply dengan menyertakan produk anda. tak kisahlah.. makanan ke pakaian ke.. ubat-ubatan, perkakasan, apa saja buatan tempatan. terutamanya produk desa..