Pemasaran



LOGO

Fokus dan Tingkatkan Momentum Diri dalam perniagaan


Sudah semestinya anda pernah dengar dan membaca mana-mana buku,  dimana untuk berjaya dalam sesuatu bidang, kita perlu fokus!
Fokus dalam apa jua yang kita lakukan, sentiasa fokus dan tingkatkan momentum diri dalam perniagaan yang kita jalankan. InsyaAllah kita akan berjaya.
Di dalam perniagaan, adalah lebih baik jika anda fokus dan utamakan untuk memberi sebelum anda menjual. Berikan sesuatu yang berkualiti secara percuma tidak kisah samada perkhidmatan, produk, nasihat atau sesuatu yang lebih hebat.
Sebenarnya, lagi banyak anda memberi lagi banyak anda akan dapat pulangannya. Pemberian percuma sudah pasti membuatkan pelanggan anda rasa lebih dihargai. Selepas itu kita akan dapat lihat hasil jualan dan peningkatan dari hari ke hari dengan mendapat lebih banyak keuntungan oleh kerana kepercayaan pelanggan yang tinggi.
Anda perlu percaya pada diri anda sendiri dan yakin bahawa anda akan berjaya. Anda perlu percaya bahawa kejayaan atau kekayaan dengan cara yang mudah dalam sekelip mata itu tidak pernah wujud!
Jangan percaya kepada perniagaan yang menjamin cepat kaya atau menawarkan jalan pintas untuk berjaya.
Sememangnya tidak ada rahsia besar untuk berjaya melainkan anda bekerja keras dan bersungguh-sungguh. Namun, untuk membina perniagaan yang besar dan stabil, pastikan anda mempunyai ilmu pengetahuan mengenai bidang perniagaan yang anda jalankan.
Anda juga perlu mempunyai pengalaman dan kemahiran yang kukuh. Anda perlu terus belajar mencari ilmu dan pengalaman agar tidak mudah gagal atau tertipu.
Dalam perniagaan, untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih sukar dan memerlukan masa serta kos yang lebih tinggi berbanding menjual produk atau perkhidmatan yang berkaitan kepada pelanggan sedia ada.
Kadang-kadang kita akan melakukan kesilapan dalam apa yang kita telah usahakan. Berhenti mencari alasan dan terima hasil daripada apa yang telah kita usahakan. Terima sahaja apa yang berlaku dan berhenti menuding jari mencari kesalahan orang lain.
Apabila kita menerima kesilapan kita, kita akan lebih mudah untuk mengambil tindakan bagi membaiki kesilapan dan kegagalan tadi dengan membuat penambahbaikan dengan segera dan dengan lebih baik lagi.[Artikel oleh: Amim Najmie]

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda di sini..