Wednesday, September 17, 2014

My favourite Faris Cheeesekut





Satu lagi favourite saya ialah Faris cheeesekut.. Gabungan chee & biskut rasanya. Pemilik dan pembuatnya menggunakan bahan yang berkualiti tinggi, halal dan bersih. Kita juga boleh memilih dekorasi pembungkusan seperti dalam gambar. Yalah sekarang ni semua boleh customize ikut kehendak kita sesuaai dengan majlis. Sangat enak dimakan sebagai snek atau pencuci mulut . Boleh juga dijadikan " goodies" majlis . Produk orang kampung yang memiliki rasa yang tulen dan sangat enak. Kawasan tempahan : Kajang, Semenyih, Bangi, Bandar Baru Bangi, Nilai & Cheras. Untuk menempah, sila SMS 019-3423401 Sham

Faris Lime Juice

Kali ini, saya ingin recommend anda semua juice limau.. Faris Lime Juice. Diperbuat daripada bahan semulajadi, halal dan bersih. Sangat menyegarkan dan amat sedap diminum sejuk. Ada 2 pilihan. Boleh pilih jika mahu diminum bersama nata de coco. Produk orang kampung yang bermutu tinggi. Amat sesuai dihidang semasa menyambut keramaian atau dijadikan minuman biasa seisi keluarga. Nak  dijadikan "goodies" eksklusif pengantin pun cun. Memang gempak. Rasa memang sedap. Boleh call En Sham  019-3423401 untuk maklumat lanjut. nak buat tempahan pun boleh. Harga : RM 2.00 per pc. Tempahan minimum : 30 unit. Kalau nak mencuba atau berbisnes boleh call /sms En Sham sekaarang untuk special price.
freshh...








Friday, May 30, 2014

Siri Amalan Pemakanan Sunnah

Siri Amalan Pemakanan Sunnah  -

Kapsul Minyak Zaitun

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.

Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.


Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.

Add caption