Saturday, August 20, 2016

Kicap Lemak Manis Jamal

Tertarik dengan kicap tempatan dari daerah Batang Kali. Singgah  makan tengahari di sebuah kedai makan di pekan Batang Kali, sempat mencuba produk ni.  Boleh tahan rasanya.

Friday, August 21, 2015

BRO MEN GEL GAMBIR

Heee.. Pertama kali dengar nama produk ini  ''seriyauu'' ( takut pun ada).
Tetapi sebenarnya produk ini membantu  para suami yang mengalami masalah cepat keluar air mani atau ejakulasi pra-matang, cepat tewas ketika bersama isteri tersayang.
Packagingnya menarik sekali!!  Yg lebih penting kontennya ( utk menjadikan alat kelamin tahan lebih lama, mantap dan tidak keluar air mani terlalu awal)
Kegunaannya hanya utk pasangan yang sah dan halal sahaja tau. Baru lah berkat...
Moga produk ini menghangatkan kembali hubungan dengan pasangan anda. Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi 019 285 7371 ( whatapp/call/SMS).

Harga utk pengunjung blog ini RM70 + RM5 (pos laju).
Harga Asal RM100


P/s: # iks tempatan- perubatan.

Wednesday, April 15, 2015

Krim Susu Kambing ( Ruqyah) @ Minyak Panas

Lepas jogging tadi, rasa sengal sengal pulak kaki. Al maklumlah, bila mode berjogging datang baru nak excersice. Inilah akibatnya. Sepatutnya kita kena excersice 2 hari sekali atau paling kurangpun pastikan kita berjalan 10,000 langkah sehari, baru lah stamina boleh maintain.
Sentuh tentang sengal-sengal otot , kali ini aku nak perkenalkan satu produk dari kenalan baru aku En Nordin jauh  dari Yan, Kedah.
beliau mengusahakan Krim Susu kambing (Ruqyah). Produk ini di dibuat secara tradisional bagi mengurangkan  batuk, bengkak -bengkak badan, kebas kebas, terkena sengatan binatang berbisa, melecur, terseliuh, kembung perut dan beberapa lain simptom.
Bila terasa sengal, aku mencuba juga produk ini. alhamdulillah, kebetulan dan dengan izinNya rasa sengal sengan ototku ini berkurangan. Minyak ini sifatnya berkrim, macam minyak rambut byeaream tu..warna putih. rasanya panas bila disapu, kesan berminyak tida bila kita bilas dengan air tetapi rasa panasnya tak hilang. itulah kelebihan krim ini.
Rasanya saya patut share dengan anda semua produk ini. Setiap isi rumah sepatutnya simpan satu untuk stanby di waktu kecemasan.
Menurut En nordin, minyak ini dibuat dari minyak serai wangi.. uummmm patutlah harum
kalau nak juggle tracking/ masuk hutan boleh bawa satu cam ni, selain mengelakan kekejangan otot, nyamuk pun tak nak hisap darah kita.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi En Nordin terus. Jika anda berada di Lembah Klang, anda boleh mendapatkan krim ini dari  En Zahari 019-285 7371. Kalau nak postpun boleh diuruskan.



Saturday, April 4, 2015

Otak Udang @ Petis Udang Pak Hamid

Kalau makan laksa utara mesti nak kena letak kicap atau pun Petis Udang. Baru kawwww....
Gambar kat bawah ialah Otak Udang Pak Hamid. Petis ini telah diperkenalkan oleh cik Amy, staff Sri Huma yang baik hati. Biasa nya, kalau produk cam  ni mesti buatan cina. Tapi kali  ni buatan bumiputra muslim. Setelah mencuba memang best.. Sebenarnya Petis  ini juga boleh digunakan utk ramuan sos rojak buah. Cuba lah kalau nak tahu kicknyaaa..
Utk mencuba boleh call zahari 0192857371

Wednesday, September 17, 2014

My favourite Faris Cheeesekut





Satu lagi favourite saya ialah Faris cheeesekut.. Gabungan chee & biskut rasanya. Pemilik dan pembuatnya menggunakan bahan yang berkualiti tinggi, halal dan bersih. Kita juga boleh memilih dekorasi pembungkusan seperti dalam gambar. Yalah sekarang ni semua boleh customize ikut kehendak kita sesuaai dengan majlis. Sangat enak dimakan sebagai snek atau pencuci mulut . Boleh juga dijadikan " goodies" majlis . Produk orang kampung yang memiliki rasa yang tulen dan sangat enak. Kawasan tempahan : Kajang, Semenyih, Bangi, Bandar Baru Bangi, Nilai & Cheras. Untuk menempah, sila SMS 019-3423401 Sham

Faris Lime Juice

Kali ini, saya ingin recommend anda semua juice limau.. Faris Lime Juice. Diperbuat daripada bahan semulajadi, halal dan bersih. Sangat menyegarkan dan amat sedap diminum sejuk. Ada 2 pilihan. Boleh pilih jika mahu diminum bersama nata de coco. Produk orang kampung yang bermutu tinggi. Amat sesuai dihidang semasa menyambut keramaian atau dijadikan minuman biasa seisi keluarga. Nak  dijadikan "goodies" eksklusif pengantin pun cun. Memang gempak. Rasa memang sedap. Boleh call En Sham  019-3423401 untuk maklumat lanjut. nak buat tempahan pun boleh. Harga : RM 2.00 per pc. Tempahan minimum : 30 unit. Kalau nak mencuba atau berbisnes boleh call /sms En Sham sekaarang untuk special price.
freshh...








Friday, May 30, 2014

Siri Amalan Pemakanan Sunnah

Siri Amalan Pemakanan Sunnah  -

Kapsul Minyak Zaitun

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.

Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.


Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.

Add caption

Friday, October 25, 2013

16 nasihat Dr. Mahathir kepada peniaga melayu

16 nasihat Dr. Mahathir kepada peniaga melayu
Bacalah 16 pesanan Dr. Mahathir kepada peniaga melayu sebagai dorongan dan
semangat buat kita:
Nasihat mahathir..
1. Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.
Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu membuka retsoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2. Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000.

3. Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4. Bersabar dalam tempoh lama. Melayu perlu belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa yang panjang. Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5. Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6. Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7. Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya. Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8. Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah kedai, emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9. Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain. Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10. Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11. Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos. Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih. Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu, buatlah!”

12. Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin, amanah, tidak menipu dan sebagainya. Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah, kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13. Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes orang lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14. Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15. Mempunyai network.
 Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya.

16. Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, namun menyusahkan pihak lain. “Jangan jadi puak kecil.. tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai”

Sekian.. Sungguh dalam nasihat beliau buat kita.

Tuesday, October 22, 2013

Chocolate Chips - Hishamsuri Success

IMG-20130922-00529.jpgIMG-20130922-00530.jpg Semasa makan2 di Kedai Mamak tadi Hidayah Maju sebentar tadi, ternampak pulak cookies ini.  Nampak macam Mycookies yang sahabat  aku buat tu. tapi rasnya belum tahu lagi. Pengeluarnya ialah Hishamsuri Success Ent. Boleh lah cuba lepas ni.
Bagi aku, kalau cookies coklat, biar banyak chocolate chipnya, baru sedap.. yammm
Apapun aku menyikong semua cookies buatan tempatan.



Wednesday, July 31, 2013

Perencah Char Kuey Teow Otaku


Mempertengahkan satu lagi produk makanan IKS tempatan. Kali ini, keluaran negeri di utara tanah air atau negeri jelapang padi - Kedah ( Kedah pantang kalah, walau jatuh sakit dah rebah - lagu geng bolasepak kedah)... 
Oklah.. Untuk pengetahuan, perencah multi  purpose sauce ini amat sesuai mengoreng Char kuey Teow dan sebenarnya telah lama berada di pasaran dengan motoo "Depa lah kata seeeedap ". Perencah pelbagai guna ini juga boleh digunakan untuk mengoreng bihun ( favorite aku!), mee, mee sanggul, mee udang, mee manggi dan pelbagai lagi, pendek kata boleh belako...
Ianya MUDAH, CEPAT, SEDAP, BERKUALITI.... dari segi colornya pulak wuhhhh.. berkuali - 

Kalau nak tahu cara masak, mai cek nak habaq kat hampa semua.
Mula-mula, panaskan minyak , tumis bawang , masukkan undang dan sebagainya , masukkan 6 sudu perencah OTAku , masukkan secawan air udang , masukkan koteow, mi atau sebagainya. kacau hingga masakkan angkat dan hidangkan. Senangkan !!


Tunggu pa lagi cobalah hari ini..pasti menyelerakan. 



kalau anda mempunyai apa2 comment/ pertanyaan boleh share di ruangan comment di bawah.